Tuesday, May 24, 2011

cuti hari raya

ok, blom ape2 dah pk nk cuti raya kan kau..muahahaha..

Cuti tambahan Hari Raya Puasa dan Hari Kebangsaan

24/05/2011 12:28pm

KUALA LUMPUR 24 Mei - Kerajaan memutuskan supaya satu hari kelepasan am tambahan 2011 ditetapkan bagi seluruh negara berikutan hari kelepasan am sempena Hari Raya Puasa dijangka bertindih dengan Hari Kebangsaan pada Rabu, 31 Ogos depan.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan berkata, satu hari kelepasan am tambahan yang ditetapkan itu bagaimanapun akan tertakluk kepada pengumuman tarikh Hari Raya Puasa oleh Majlis Raja-Raja kelak.

Sekiranya Hari Raya Puasa (Hari Pertama) jatuh pada Selasa, 30 Ogos 2011 dan Hari Raya Puasa (Hari Kedua) dan Hari Kebangsaan bertindih pada Rabu, 31 Ogos 2011 maka Khamis, 1 September 2011 ditetapkan sebagai hari kelepasan am tambahan, katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sekiranya Hari Raya Puasa (Hari Pertama) jatuh pada Rabu, 31 Ogos 2011 dan bertindih dengan Hari Kebangsaan dan Hari Raya Puasa (Hari Kedua) pula jatuh pada Khamis, 1 September 2011 maka Jumaat, 2 September 2011 ditetapkan sebagai hari kelepasan tambahan. - Bernama

yeay.... kompom seminggu direct juga cuti...

p/s : website airasia jem lagi..tau la tiket start rega seposen..haih...!




3 comments:

attyfir said...

yeah..cuti seminggu.., leh beraya sakan ..

A m m i said...

confirm...

tapi msa tu confirm aku belum confirm kat tempat keje baru...

belum confirm buleh ke amik cuti melampau2 banyak ni???

berapa byk "confirm" da dlm ayat aku hahahhahah

r33n adnan said...

kty : yeay..yeay.. yeay..hehehe.. plan dr skrg..

k.sheila : akakkkk, boleh laaa, cuti ttp cuti..cuti thn kan ade..amik 2 hari jer...huhu..

Related Posts with Thumbnails