Wednesday, August 11, 2010

all about my weekend

last week, sabtu dan ahad
konon last kopek ler mkn siang sblm pose start arini kan
meronda tak hingat

ari sabtu 7/8/10, 8.00am - 4.30pm
ade seminar keluarga dan keibubapaan
best..!
yg bg talk adalah ustaz Alwi Parman, (sape kursus kawin kat JAIS mesti ingat ustaz ni),
dr Rusinah Siron dari mane ek, UKM kot n columnis tetap kat majalah MIDI (gler lawak ok dia ni) lg sorang serius tak hingat.sbb ape tak hingat tau, sbb nye lps jer slot dr rusinah tu ade sesi lucky draw utk 10 hadiah pertama berupa hamper.ade ler rezeki disitu bila nombor kitorang naik.pas mkn tghari, hamper dah dpt trus cabut g pyramid.hohoho..keji tak??? jgn ikut yea..we all mmg ting tong..hhaha..

mlm tu plak en suami nk mkn ikan bakar, plan nk g dkt2 umah jer kul 9 kuar, smpi kedai tgk keta berderet sepanjang2 jln.perghhhhh..! luar biase ok, selalu manade org kedai tuuu...ke sbb dorang pon last kopek cam kitorang mkn ape sape dan dimane saje sblm bulan puasa tiba? heisyyy..disbbkan nk u-turn tak leh sbb dah telajak ke jln besar, maka dari jln bukit kemuning melajak kan diri ke muara ikan bakar.hoh! agak giler gak ler men gamble sbb bkn reti sgt pon nk g,siap sesat2, tepon2 org lagi, baru ler smpi..penuh keringat dan sebal didada ok bila sesat2 tu..mlm kan, area tu mane ler ade lampu sgt.gelap.ngan lori2 besar kiri dan kanan, kontena2 bsr lg.yes! im the one who drive the car that night :-) but end up we made it jugak..huhu..ramai nye orgggggggg...seb baik masih ade lg meja yg kosong.smpi sana pon kurang lebih kul 10.

we all amik ikan siakap (gler bsr la!sbb tu jer yg ade) msk 3 rasa, ketam 2 hekor, sotong 2 hekor ngan ikan pari.sumer bakar jer. mkn ngan nasik putih ade smbal ikan bilis, air 2, n it cost us rm82.70. murah ke mhl ek? blasah jer la.bila dah smpi sini kene mkn bersungguh2 kan.br ler sesi mkn itu bermakne..hahaha..air asam dia gler super sedap..huhuhu..tak caye, cer try.. :-)

ari ahad lak, dari tghari smpi ke lewat petang, dok melangok kat JJ Bkt Tinggi tu menyetelkan perihal baju raya si ank dara kedik tu.tp tak jugak settle2 sbb kasut tak jumpe.bkn tak jumpe,tp tak berkenan..huhuhu..lenkali jer la..alyssa plak a bit cranky, may sbb nk flu, asik gosok muka jer gatal! as usual kalo g sini mesti kitorang melantak kat Windmill, sbb en suami love their lobster set, dan aku cam biase setia ngan sizzling lamb chop.haa..disbbkan setia sgt kannnnnnn, tak hingat2 gak kuah sizzling tu pns menggelegak kannnnn ttp gak tak reti2 nk bersabar bila nk mkn lamb chop tu, maka hamik aku, lidah aku melepoh smpi ari ni.nk mkn pon pyh ape tah lg berckap. padan muka!!!

dah..dah..tak mo dah cter pasal mkn.wpon aku tak pose arini.sedih.mari dgr bacaan ayat2 suci Al-Quran yg dorang ni tgh pasang kat corong2 speaker.

till then.

p/s : tetap juga bangun bersahur demi tidak mau sesuatu yg tak diingini berlaku..ahaks!


salam ramadhan


selamat menyambut ramadhan kengkawan

semoga permulaan ramadhan hari ni dlm keadaan barakah dan diredhoi

cam biase tetiap thn bila nk puasa, pasti dpt bekalan kurma

Alhamdulillah, rezeki kurma masih sama seperti seperti tahun2 sebelum ini :-)



itu air jumaat lps.mkn kat secret recipe amcorp mall.dpn pintu starbuck ada baritas yg dok pegang cawan air ni dlm dulang.its FREE..maka aku pon sepantas kilat mendptkan nye.bkn sbb nk mnm sgt pon tapi sebab cawan dia sgt comel.cuba tgk cawan dia tinggi beg duit aku jer kan.br 1st day pose kan, takkan ler ade yg terliur..hohoho..


SELAMAT MENJALANI IBADAH BERPUASA
semoga mendapat keberkatan
jgn puasa yang yok yea..tak seswaii..hehe


till then, bye.



Monday, August 9, 2010

macaroons

hi uols..

dah mkn tghari?

aku tak mkn pon, sbb pg td dah belasah nasik lemak kan.tghari kasik rehat perut.mkn buah2an saje

lunch hour td g amcorp ngan my bff, kak eles, amik benda ni..

..

..

..

..

..

..

..

..

..

..

..


MACAROONs in the house...!

nyum..nyum..

maka dgn itu akan menunaikan ibadah berpuasa dgn kadar kepuasan maksimum
sbb dpt mkn benda ni sblm puasa..poyo! haha..



p/s : have it with black coffee..its fabulous..!


till then.

sambutan hari jadi?

hari lahir yang pertama utk ank perempuan ni semakin hampir,
hampir x hampir kurang sebulan sebelum menjelang 27/8
nak buat ape ek?
nk buat party, bulan pose lak
nk blanje bukak puasa kat muara, ape jer dak ni leh mkn..hahaha (kenyang kan tangki mak pak saje la)
ke nk buat pas bln pose jer?
xpon sambut ank branak saje? hmm..
ica nk apeeeeeeeee....hiks!

fikir..fikir..fikir..



ALL for my daughter :-)

p/s : dpt jemputan agak bertalu utk majlis makan2 sblm start puase lusa ni. tp 1 pon tak g sbb keknyang cam hape lantaran dah sental sebungkus nasik lemak lauk sambal sokong ngan ayam rempah.tu pon org bagi sbb lusa nk puasa. dan adalah pasti aku tak puasa pada lusa hari sbb period telah muncul..haih!

till then


Tuesday, August 3, 2010

short update

sepetang ni akan tiada diopis

bersidai kat de palma shah alam

utk APC

jumpe esk

till then



Monday, August 2, 2010

Mengatasi Masalah Pelupa

hahaha.. cter pelupa pg td

xabih lg :-)

kopipes dari blog ni, eh website kot, bkn blog.blasah..!

**************************************************

ni petua ulama untuk mengubati pelupa atau mengelakkan jadi pelupa:

1. Kismis hn awal

2. Madu sesudu dalam air panas segelas. Minum bila suam, setiap pagi.

3. Tidur awal bangun awal

4. Tidak bersetubuh melebihi 2 kali seminggu

5. Kurangkan makan dan kurangkan makan benda masam, ubi, kekacang dan kurangkan makan daging

6. Banyak makan ikan, sayur, titam 21 biji setiap pagi. Kunyah sebutir-sebutir dan bukan sekali rap.

7. Tarik nafas dalam2 ikut hidung dan tahan 4 saat dan lepaskan perlahan-lahan ikut mulut. Buat 10 kali setiap pagi.

8. Buat stretching bila bangun dari tidur

9. Masa buang air besar, tutup kepala dan jangan buka mulut

10. Elakkan lihat kemaluan dan najis

11. Baca Quran dan cuba menghafal setiap hari

12. Bakar kemenyan nasrani, wangian ros, sandal atau gaharu setiap minggu ( orang moden kata aromatherapy )

13. Pakai minyak wangi setiap hari bila keluar rumah ( wanita ketika dalam rumah).

14. Mandi pagi, petang dan selepas buang air besar

15. Belajar bersabar dengan bersolat atau berdoa bila ada masalah.

16. Sayang ahli keluarga, ibubapa dan kanak-kanak

17. Tidak bercampur bukan muhrim kecuali bila ada keperluan

Selain dari kuat ingatan, badan menjadi sihat, akal tenang dan umurpun panjang. Tak perlu membazir beli supplement dari farmasi seperti jojoba atau lain-lain sebab boleh menyebabkan panas badan, pecah gusi dan side effect. Duit tu boleh beli pakaian anak-anak dan isteri atau hadiah pada ibubapa atau bersedekah pada anak-anak yatim.

Bersenam secara tetap boleh meningkatkan kecerdasan minda

MEMANG sukar mengajak orang bersenam walaupun kebanyakan tahu manfaatnya, tetapi ada penemuan baru yang mungkin boleh menaikkan semangat kita untuk memulakan aktiviti yang memberi kesejahteraan sepanjang hayat.

Biasanya semangat untuk bersenam hanya marak pada awal tahun dan mulai malap selepas beberapa bulan. Namun jangan biarkan ia terus padam kerana kajian mendapati bersenam secara tetap sebenarnya boleh meningkatkan kecerdasan minda.

Kajian yang dijalankan ke atas tikus mendapati bersenam boleh merangsang penghasilan neuron dalam kawasan ingatan pada otak haiwan itu. Tikus yang ‘disuruh’ bersenam di atas roda bergerak belajar teknik baru dengan lebih baik berbanding tikus yang banyak berehat.

Kajian ini menarik kerana ia membandingkan prestasi antara tikus tua (seperti orang berumur 70 tahun) dengan tikus muda (seperti orang berumur 20 tahun) yang bersenam dengan berlari atas pelantar bergerak. Tikus ini kemudian diberikan ujian untuk mencari platform yang diletakkan di tengah kolam air.

Hasil kajian sebulan itu mendapati tikus tua yang bersenam menunjukkan prestasi sebaik tikus muda, manakala tikus tua yang tidak bersenam ‘terlupa’ di mana letaknya platform.

Saintis percaya senaman mampu memberi kesan sama pada golongan tua untuk merangsang daya fikiran mereka dan memperlahankan masalah pelupa yang sering berlaku apabila umur meningkat.

Kajian ini juga memberi harapan kepada pesakit Alzheimer atau nyanyuk bahawa proses penggantian semula sel otak yang mati boleh dirangsang semula dengan menjalankan aktiviti fizikal setiap hari.

Senaman sebenarnya merangsang otak untuk ‘bekerja’ pada kadar optimum apabila ia menyebabkan sel saraf untuk berganda, menguatkan ‘hubungan’ antara sel dan melindunginya daripada mengalami kecederaan.

Kajian terdahulu ke atas haiwan juga mendapati apabila bersenam, sel saraf haiwan terbabit menghasilkan sejenis protein dipanggil faktor neurotrofik (BDNF). Protein ini merangsang beberapa bahan kimia semula jadi lain untuk meningkatkan kesihatan secara keseluruhan.

Seorang pakar perubatan memberikan analogi senaman seumpama makan ubat. Jika diambil pada dos tepat dan sesuai, ia mampu mengubati sesuatu penyakit pada kadar seperti diharapkan. Namun jika dosnya terlalu kurang atau banyak, hasilnya mungkin tidak seperti diharapkan atau boleh mendatangkan kesan sampingan.

Tidak kira bagaimana kita menjaga penampilan, proses penuaan tetap berlaku. Tiada siapa boleh menduga apa bakal berlaku apabila kita tua, namun banyak penyakit boleh dielakkan melalui senaman.

Semakin meningkat umur, organ kita turut mengalami penuaan dan fungsi otak boleh menurun jika ia tidak dilindungi. Senaman aerobik sederhana juga didapati boleh melindungi otak daripada mengalami kemerosotan sehingga menjejaskan daya ingatan seperti dialami pesakit dementia atau Alzheimer.

Dalam kajian lain membandingkan senaman aerobik dengan regangan dan membina bentuk badan mendapati, individu yang melakukan senaman aerobik menunjukkan prestasi minda lebih baik. Mereka bukan saja dapat menjalankan tugas dengan baik, malah daya tumpuan juga meningkat.

Selepas enam bulan, tahap kesihatan kardiovaskular kumpulan yang melakukan senaman aerobik juga meningkat. Manakala perubahan pada kumpulan yang melakukan senaman regangan tidak ketara.

Senaman aerobik ialah pergerakan sama dilakukan berulang kali seperti berjalan, berjoging, mengayuh basikal, berenang atau menari. Senaman selama 20 hingga 30 minit sehari, tiga atau empat kali seminggu sudah memadai dan boleh memberikan manfaat besar kepada kita.

Tidak kira berapa pun usia kita sekarang, tiada istilah terlewat untuk menjaga kesihatan dan memulakan senaman. Senaman lebih penting kepada orang tua untuk mengekalkan keanjalan otot dan keseimbangan, menguatkan tulang dan mengelakkan masalah keretakan tulang serta mampu mengatasi masalah sukar tidur.

Selain makanan, senaman adalah pelaburan terbaik untuk mengekalkan kesihatan. Pelaburan ini juga mudah, memberi banyak manfaat yang tidak memerlukan wang. Modal terpenting ialah kesedaran dan kesungguhan untuk menjadikannya amalan sepanjang hayat kerana hasil pelaburan ini hanya dapat dirasai jika dilakukan secara teratur dan berterusan.

Kesan positif

Kajian sejak lebih 50 tahun lalu juga membuktikan senaman memberi kesan positif terhadap sistem saraf kerana ia mampu:

> Mengurangkan kesakitan.

> Menguatkan ingatan.

> Merawat kemurungan.

> Menurun dan mengawal tekanan darah.

> Meningkatkan daya ketahanan badan.

> Merangsang aliran darah.

> Mengekalkan keanjalan dan kekuatan otot.

Sumbangan: Ustaz Mohamed Zamri

p/s : kongsikan walau sepotong ayat :-)

sipelupa nama org dgn 2 org kawan yg tak pelupa :-)
lalalalala...
till then.


pelupa

hi ollss..

aku mmg ade masalah

masalah utk ingat nama org yg jarang2 nak jumpe

yang kalo berurusan pon dlm tepon jerrrr

yang org2 tu pon ingattttt jer nama aku

yang aku ingat gler muka org tu, tp bila nk sebut nama trus lupa gler.

memory lost!

tersiput2 tol lerr..

mkn semut bkn xpnh tp jarang2 jer...

hahaha..

till then


p/s : i know that im not the best PA ever.. so what??! lalalala...

Related Posts with Thumbnails